|
|
MALAY COLLEGE TEACHERS ASSOCIATION [ McTA]
Pengenalan.
McTA merupakan singkatan nama bagi Malay College
Teachers Association. Nama ini dipilih berdasarkan kesesuaian sebutannya yang ringkas, kependekan namanya memudahkan usaha-usaha
bagi mempromosi nama Persatuan Guru-Guru Kolej Melayu khususnya bekas guru. Sebagai sebuah institusi yang terulung di negara
dan telah mengukir nama, maka kita tidak harus melupakan guru-guru yang pernah berbakti dan berjasa kepada Kolej Melayu. Pengalaman
mereka seolah-olah seperti air yang lalu begitu sahaja. Perlu diketahui bahawa, Mckk tidak akan lengkap dan sempurna jika
tidak ada guru-guru senior yang menjadi perintis kepada Mckk sejak 1905 lalu. Sewajarnya, bekas-bekas guru Kolej Melayu mengujudkan
persatuannya sendiri bagi memberi apa sahaja sumbangan yang diperlukan oleh mereka yang pernah menjadi pendidik di Mckk. Di
samping itu juga, bekas guru berkenaan juga boleh menyumbangkan apa sahaja bentuk bantuan kepada warga pendidikan Kolej.
Objektif
- menubuhkan
persatuan bekas guru MCKK dan mengadakan aktiviti yang mampu mengeratkan perhubungan bekas-bekas guru.
- mengimbau
kembali kenangan dan nostalgia melalui perhubungan sesama guru yang pernah mengajar di MCKK.
- Mengumpulkan
kembali guru-guru dalam satu majlis bagi berkongsi maklumat dan pengalaman masing-masing.
- mengujudkan
aktiviti yang menyumbang kepada persefahaman dan identiti college mark yang sentiasa melahirkan
guru yang mempunyai kekuatannya tersendiri.
- Menghimpunkan
ahli MCTA yang terdiri daripada semua guru-guru, bekas guru serta pengetua Kolej Melayu.
Matlamat
- mengujudkan
persatuan McTA yang menjadi saluran maklumat kepada semua bekas guru Kolej.
- McTA
menjadi tempat rujukan kepada bekas guru dalam melaksanakan program yang dikehendaki.
- Mengumpul
bekas guru Mckk daripada seluruh negara melalui majlis yang dianjurkan dari masa ke semasa oleh McTA.
- Menjadi
saluran perhubungan antara bekas pelajar dengan bekas guru untuk memastikan jalinan yang kukuh.
Rasional
- guru-guru
Mckk mempunyai trademark dan character yang tersendiri yang patut diwarisi menerusi aspek positif kepada guru-guru masa kini.
- Guru-guru
Mckk, merupakan guru bertuah kerana dipilih untuk mengajar di sebuah sekolah yang terkenal di negara, oleh itu harus mempertahankan
character tersebut di mana mereka berada.
- pengalaman,
pengetahuan, semangat, pengorbanan mereka wajar dikongsi bersama sebagai tanda penghargaan jasa dan sumbangan mereka.
- Guru-guru
yang pernah mengajar di Kolej Melayu masih menaruh perasaan kecintaan terhadap kolej, walaupun mereka sudah meninggalkan kolej.
Mereka mempunyai kenangan tersendiri.
Strategi dan perlaksanaan.
- mesyuarat
ajk adhock
- j/kuasa
bertindak sementara dan tetap
- pelancaran
McTA dan Laman Web
- menganjurkan
perjumpaan McTA bagi jangkamasa tertentu seperti murid tua
- pengiklanan
dalam surat khabar.
- pembentukan
jawatan kuasa bagi negeri
- T-shirt
- sticker
- Logo
- tali
leher guru MCKK.
- promosi
100 tahun
- berita
Mcta
|
|
MAKLUMAT
SATU PERJUMPAAN TELAH DIADAKAN PADA AHAD 14 APRIL 2002 DI BHAO COMPUTER'S SDN. BHD. BAGI MEMBINCANGKAN
DAN MENENTUKAN TARIKH HARI McTA YANG AKAN DILANCARKAN PADA PERTENGAHAN TAHUN 2003 INI. BUAT PERMULAAN, PERBINCANGAN INI MELIBATKAN
BEBERAPA AJK SEMENTARA BAGI MENCADANGKAN PENAUNG McTA BAGI MENGGERAKKAN PERSATUAN INI. SOKONGAN TUAN / PUAN / CIK AMAT DIHARGAI.
Bekas Guru MCKK / ahli MCTA boleh membeli tali leher khas untuk guru-guru MCKK, dapatkan di Koperasi Kolej
Melayu.Harga RM 15.00 sahaja.Baju T MCTA kain berkualiti tinggi juga sedang diuruskan jika berminat sila hubungi
e-mail webmaster harga RM 35.00 sehelai.
|
|
SEPINTAS LALU...
Di
sini, kami ingin memaklumkan bahawa idea perjumpaan bekas guru-guru mckk yang pernah menabur bakti tercetus sejak tahun 2001
lagi. Cadangan ini timbul setelah beberapa orang guru mckk yang meluahkan pandangan dan perasaan mereka yang ingin kembali
ke Kolej Melayu. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk bertemu rakan lama, melihat tempat mengajar, berkongsi pendapat,
pengalaman antara bekas guru dan juga guru yang berkhidmat di mckk sekarang.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|