MALAY COLLEGE TEACHER'S ASSOCIATION

Ruang nostalgia guru mckk

Home
MAJLIS UTK EX-TEACHER
WHY THE MALAY COLLEGE ?
Ahli Jawatankuasa MCTA
Senarai Keahlian
BEKAS GURU KITA BULAN INI
KENALI MCTA
BERITA TERKINI
Aktiviti MCTA
Ruang nostalgia guru mckk
CATATAN KENANGAN
Album MCTA
SENARAI GURU MCKK SEJAK 1905
Hubungilah kami!
Paparan Maklumat Majlis Ramah Mesra Kenalan Lama

cerita-cerita lama

Allahyarham Ust Danial Bin Othman-Guru Bahasa Arab dan Pendidikan Islam "Koleq" [1974-1997] telah meninggal dunia di Hospital Ipoh pada jam 3 pagi Sabtu 29/09/2007 setelah koma sejak pagi Rabu ketika mengambil air sembahyang Subuh di rumahnya Kampung Periang, Karai, Kuala Kangsar, Perak. Barangkali guru koleq masih ingat, pakaian favourite beliau semasa di koleq ialah ialah baju putih lengan panjang dan seluar hitam. Beliau guru koleq yang datang awal ke sekolah selepas subuh. Namanya sering berada pada kedudukan teratas dalam senarai kehadiran pagi ke koleq...kadang-kadang 6 pagi dah dah ada kat bilik guru. Jenazah beliau dikebumikan di Kampung Periang, Karai, Kuala Kangsar pada jam 11 pagi Sabtu

Gambar Budin Januari 2005

baha.jpg
Guru Sejarah 1980-1992. Budak koleq mana yang tak kenal Budin atau Gedebe..

Budin panggilan cikgu koleq, Gedebe panggilan budak koleq [Baharuddin Bin Hassan] bekas guru sejarah 1982-1995 di MCKK, beliau menjadi warden, guru disiplin, housemaster, guru pengawas, penasihat Persatuan Pelajar [KPKM] dan s/usaha sukan mckk. Merupakan guru sentiasa dikenali dan dikenang oleh pelajar-pelajar mckk. Seorang yang suka berjenaka, berseloroh, bergurau dam senamg didekati. Namun budak-budak koleq [panggilan bagi budak mckk] tentunya tidak dapat melupakan beliau ketika di asrama. Ketegasannya kadang kala ada membuatkan budak koleq terkena dengan “ tampor’ Satu ketika masa berbual ketika di kedai kopi di Jalan Langgar Nov 2007 dengan budak-budak koleq batch 1992 dan 93 “Latoq” pernah menceritakan pengalamannya bagaimana ia masih teringat lagi “cikgu…saya rasa macam baru aje kena penampar gedebe tu.. berkesan betoi la…” diiringi ketawa berdekah-dekah budak koleq lain teringatkan kisah tu..

Album lama akan dipaparkan nanti

motivasi.jpg
kursus motivasi di Sayong, 1988

PERTEMUAN SELEPAS 18 TAHUN BERPISAH..........

 

Selepas 18 tahun berpisah, Saya dapat bertemu kembali "budak koleq" batch 1985-1989 [ pemain hoki dan ahli pengakap kumpulan pertama KK]  iaitu Saudara Yusri Bin Mohamad, Pensyarah Kuliah Undang-undang UIAM dan Presiden ABIM. Pertemuan tersebut selepas beliau hadir sebagai ahli Panel Forum NKI ke 28 di SBPIKP pada 19 Ogos lalu.

ramai.jpg
Hedio,ramli,safuan,khalid,harith,karim,malek.

nasir.jpg
munizam, malek, nasir master collar,ismail zainal abidin.program motivasi 1995 di Sayong Lembah.