MALAY COLLEGE TEACHER'S ASSOCIATION

CATATAN KENANGAN

Home
WHY THE MALAY COLLEGE ?
Ahli Jawatankuasa MCTA
Senarai Keahlian
BEKAS GURU KITA BULAN INI
KENALI MCTA
BERITA TERKINI
Aktiviti MCTA
Ruang nostalgia guru mckk
CATATAN KENANGAN
Album MCTA
SENARAI GURU MCKK SEJAK 1905
Hubungilah kami!
Paparan Maklumat Majlis Ramah Mesra Kenalan Lama

Tunggu surat posting.......
 
Bulan November 1987...selepas tamat pengajian sebagi pelatih MPSAH, aku mengisi masa terluang menolong orang tua aku dengan membantu mereka di kebun getah dan sawah padi...Kadang-kadang aku ke kompleks bebas cukai Bukit Kayu Hitam.......menolong adik aku menguruskan perniagaan keluarga menjual barangan kulit dan kasut . Sementara menunggu surat posting sebagai guru pelatih..Mula-mula dahulu aku mengisi borang untuk di tempatkan di Sabah. Maklumlah muda-muda elok juga merantau....tapi sejak kawan-kawan aku mula menerima surat tawaran mengajar......aku mula berdebar kerana masih belum dapat surat yang aku nantikan. Amal Disember 1987 aku terus ke MPSAH bagi mendapat kepastian.....sampai sahaja di pejabat aku cuba mendapat maklumat pertempatan guru-guru baru...malangnya............ada 5 orang pelatih "batch aku hanya dinyatakan "SBP". Aku ingin kepastian...lalu bertanya apa maksud SBP.........."Sekolah Berasrama penuh...." Aduh!!!!!....mana aku nak "landing" ni...lalu balik ke kampung dengan seribu satu pertanyaan.....SBP....SBP....di mana ye...?
    Dalam fikiran aku....Aku pernah dengar Maktab Melayu Kuala Kangsar,.. Sains Selangor,,,SDAR...TKC....Jenan.....Sains Kedah...Seri Puteri....Tun Fatimah......Alam Shah..tapi mana satu......hmmmm.. Sains selangor kot......
       satu pagi sedang aku berehat di bawah pohon manggis....aku nampak posmen menuju ke rumah aku.......dia tersenyum....aku dah syak mesti ada surat posting aku.....
       lalu dia menyerahkan sepucuk surat warna coklat panjang...terus aku koyak depan posmen tu juga....." surat apa...?" Maktab Melayu Kuala kangsar...."aku terdiam sekejap... "mak jauhnya.....kat Perak la aku lepasni...." " apa dia...? Posmen tu tanya lagi... "saya mengajar di Perak.." "Tahniah la...." kata posmen tu dan terus beredar dan hilang....
        "mak........kena jadi orang perak la lepas ni..." aku memandang mak aku dengan penuh kehairanan....." hmm..nak buat gena...hang kena pi lah...." balas mak aku.....
        " dapat di mana...?" tanya pak aku ingin mendapat kepastian...
        " dapat maktab melayu...." pendek saja aku balas...
 
malam tu aku mula tidur tapi tak dapat lelapkan mata memikirkan macam mana aku nak pi....dengan siapa aku nak pergi....mak ayah aku mana boleh cuti......kerja mereka mana ada cuti...tambah itu sahaja kerja mereka. kalau cuti makna tak ada pulus la.... ..
         Pagi-pagi esok aku terus duduk depan ayah aku.....
        " pak.....pinjam motor sat.....pak tak yah pi motong la.... "  [menoreh] kecek aku [ pujuk dalam loghat kedah]
        " hang nak pi mana..." dia pandang muka aku.
        " nak pi umah pak ya junun "[cikgu SMSAH]
Bulan November . " Nak tanya dia dapat mana..." Motor Honda 70 tu aku bertolak ke Bukit Junun melalui jalan lama [ Guar Cempedak] masa tu mana ada lebuh raya lagi....setelah 3 jam dan sakit-sakit belakang.......sampailah aku di umah pakya...heh...heh...satu-satunya keluarga Melayu yang di kelilingi keluarga India tapi macam satu keluarga.sampai India situ dah kenal aku kerana di situlah aku buat macam umah aku....
        "woi...!!!!! hang dapat mana....? aku johorlah .....jauh nak mampuih...!." dia senyum pendek...
        " aku...? aku dapat maktab melayu..., kat perak " aku bagi tau dia.
        "sekolah asrama la.....mesti budak pandai-pandai...."
 
bersambung....

015.jpg
malam akhir di kuaters guru mckk 1 Disember 2006 bersama pelajar form five 2006 "team kinabalu 2005"

BAHAGIAN KEDUA.

Seminggu sebelum posting di MCKK.

Aku masih ingat lagi hari Rabu.Lepas subuh.. aku siapkan beg kain baju untuk ke SP [Sungai Petani]. Tetapi sebelumtu aku terpaksa ke Bukit Kayu Hitam tak jauh dari rumah aku dari Changloon. Sebenarnya aku kerana urusan perniagaan keluarga bersama Jalil [adik]  membantu beliau membuka kedai barang-barang dari Thailand. Pagi itulah rakan sekelas tingkatan 1-3 ..Azhar Ahmad [AT AMK…antara kawan aku yang bertuah kerana menjadi budak koleq kerana form six 1983-1984]. Dia dapat tahu yang aku dapat mengajar di MCKK.

“malek…tahniahla….., aku dengar hang dapat MC…” sambil menghulurkan tangan bersalam.

“ha….aku dapat sana…ok ke..? .tapi mesti susah mengajar sana ye…” sebenarnya aku berserabut.

“hang jangan risau….mesti syok punya…[suka…loghat utara], aku tau la..budak mc pandai-pandai. Cikgu bagus-bagus…senangg…!!!” At bagi semangat kat aku. 

“ Sana hang boleh jumpa Cikgu Amir…warden , Sazali,Azmi, Razak….., senang-senang aku boleh pi jumpa hang sana..” lega sikit aku dengar AT cakap macamtu. “ aku kenai ramai orang kat sana..umah Pak Syed…tempat aku lepak..hang jumpa dia la ada masalah.” AT lepaskan perkataan tu buat aku termenung sejenak sebelum meninggalkan aku yg sibuk menguruskan kedai bapa aku.  

 Petang tu, aku balik rumah mandi, makan, jumpa mak bapa aku. Lepastu jumpa datuk aku Hj Thahir Awang [masatu dah umur 87 tahun tapi masih gagah lagi di bendang..saja nak jumpa dia.

“hmmm hang kena cucuk idungla…lepas ni..bila kerja kenalah ikut mana orang suruh..hang tengok paksu hang..rata dia pi..” tok wan aku macam pesan kat akulah.

Balik umah ambil beg pakaian dan minta adik aku hantar ke perhentian bas di Changloon. Perjalanan aku terhenti di Jitra, Alor Setar disebabkan masa tu belum lagi ada perkhidmatan bas ekpres, jadi kenalah naik turun bas sebelum terus ke Kampung Raja, Jalan Kuala ketil, Sungai petani. Destinasi pertama aku ialah ke rumah Yazit [rumah junior budak Rengit,Batu Pahat Johor]. Dalam bas UTC dari Alor setar ke Sungai petani yang mengambil masa sejam..kepala aku membayangkan esok [Khamis] aku mesti “servey” [buat tinjauan] MCKK…bakal tempat mula-mula aku mengajar. Seharian di SP [Sungai Petani] aku mengambil peluang berjumpa rakan junior di MPSAH, rumah-rumah bujang dan berjalan-jalan sekitar pekan SP.

“Yazid..aku tumpang rumah kau malam ni…” aku minta kebenaran bermalam.” Esok aku nak ke Kuala Kangsar…tengok-tengok tempat aku mengajar..MCKK….” Aku bersandar di dinding rumahnya keletihan dan berharap kedatangan aku tidak menyusahkan beliau malam tu.Maklumlah ramai kat rumah sewa tu.

“MCKK….? Hang dapat situ…?Hebat tu…..” Yazit macam terkejut.

“Lek….…aku tak ada masalah, kau tidurlah sini, nanti dah sampai sana jangan lupa kami sudah la..” Yazid macam aku dah jangka tak ada masalah.Lagipun dia antara freshie yang awal aku kenal masa minggu orientasi guru pelatih dulu. Rapat hubungan kami. Masa aku jadi guru pelatih pun dia selalu bertandang rumah aku. Rumah sewa aku 8 orang…budak kedah 3 orang, sorang Kelantan, sorang perak, sorang Selangor dan dua orang johor. Menu pedas…,manis…dan Jawa. Macam saudara. Mula-mula memangla dia macam takut je kat aku, senior….[mana ada ragging dah masa tu] hanya panggil suruh nyanyi, ingat nama abag senior, jalan atas bata, ‘tabik spring’, tolong beli air kat mak cik kantin yang ada anak dara cantik.

Pagi-pagi lagi aku dah siap. Minta Yazid hantar aku ke stesen bas SP. Sehelai sepinggang. Beg pakaian aku tinggalkan di rumah Yazid. Matlamat aku hanyalah nak pi servey MCKK. Aku Hanya berbaju T..koler bulat, seluar jeans slack dan bersandal Bata. Dari SP ke Butterworth dgn Bas UTC. Dari Buuterworth ke Taiping sorang-sorang dengan bas Bukit Gantang ikut jalan lama [lebuh raya tak siap lagi]. Sampai Taiping…..meletup-letup dada aku. “Macamana aku nak pi Kuala kangsar ni….” Aku jadi pening. Bukan biasa tempat ni. Bas pun tak pasti yang mana satu.

“ hmm..naik teksi lah macam ni…mesti tak sesat…” aku dapat idea.

“ En…Kuala kangsar jauh tak…? Aku Tanya kat kaunter teksi.

“ nak ke mana? Tanya salah sorang drebar teksi.

“kuala kangsar….MCKK…” aku balas pertanyaan tu macam ragu-ragu. Apa tak nya entah-entah dia kapak [ kenakan tambang yang tak berpatutan] “matilah aku kalau tak cukup budget…ngam-ngam ada RM 80.00 pemberian bapak aku.Itu pun buat tambang pergi balik dan belanja ‘first posting’ aku bila dah sampai Kuala Kangsar nanti.

“berapa encik, tambang…?” Aku tanya drebar teksi berbangsa India tu.

“ RM 10 ringgit….boleh ka..? macam minta kepastian dari aku.

“hmm oklah…MCKK tau…saya ada sikit kerja sana” aku jawab macam bagi konfiden bahawa aku dah biasa ke sana. Pada hal tak pernah langsung aku pijak Kuala Kangsar.

Dalam sejam ikut jalan Air kuning,Bukit Gantang,Padang Rengas dan sampai Kuala…Kiri hospital…Lepastu masuk jalan Tun Razak [lalu depan klinik underwood….] nampak pokok besar kiri kanan macam dah ratusan tahun. Pemandu India berhentikan teksinya di tepi jalan.

“hhh..ni lah malay college…..” dia beritahu aku.

Mata aku pusing kiri-kanan melihat mckk, bangunan kiri kanan yang besar, gagah dan menggerunkan aku.

“ nah sepuluh ringgit..” aku hulurkan duit dan terus ke pondok jaga.

“terima kasih..” balas pemandu India terus melambaikan tangan meninggalkan aku.

“Asalamualaikom…..sini mckk ka? Aku tanya seorang pengawal yang dah berusia [ Pak Murad]

“ya…apa ke heynya..”loghat kuala yang pekat dia tanya aku.

Beliau merupakan orang yang rapat dengan aku sebelum bersara sebagai pak guard 4 tahun kemudiannya. Pak Murad bekas tentera pencen, sentiasa menceritakan pengalaman pahit manis ia ketika berkhidmat dalam tentera masa di MC atau pun di rumahnya jalan RPA jalan Manong.. paling kerap dia ulang cerita ialah pengalaman balik dari johor [pulada] naik sekuter zaman 70an. Sakit pinggang…….

“ kat mana pejabat…? Saya cikgu baru…saja nak tengok-tengok tempat mengajar” aku bagitau sambil mata aku memandang ke arah bangunan besar [big school]. Agak aku, itulah pejabat. Dia keluar dari balai pengawal dan membawa aku ke arah bangunan yang ada menara jam besar [new school]

Sampai sahaja di foyer, “ sinilah pejabat…cuba tanya orang pejabat kalau-kalau deme boleh tolong” sambil tersenyum Pak Murad bagitau aku. Ketika itu, di sebelah papan kenyataan pejabat ada tingkap kecil satu kaki persegi, saiznya muat-muat kepala [macam tempat ambil ubat di klinik]. Biasanya tempat posmen hantar surat, pelajar ambil surat atau orang pejabat tinjau pelawat. Heh..heh..[Jamal Pejabat la tuh].

“ tumpang tanya….sinikah pejabat? saya cikgu baru posting sini..” soalan mencapah aku yang ditujukan pada orang pejabat melalui celah tingkap kecil tu. Ketika itu aku Nampak semua orang pejabat memandang tepat kat aku. Mungkin telo [bunyi] sebutan aku macam asing..

“ ha..you welcome…what subject..? lancer je bunyinya. Jamal Shaari. Sapa tak tau office boy yang paling lama bertugas sejak 1965. Entah berapa pengetua, old boys yang dia lalui. Memang bahasa Inggeris dia bagus. Tu yang buat aku gerun…

“Habisla…..depa semua speaking..ni yang aku tak sedap ni…” tu ayat yang keluar dari mulut aku.

“Bahasa Melayu…BM.” Pendek je aku balas kerana takut dia tanya ayat susah, bukan aku tak faham tapi tau jelah…sekolah macam ni macam mana nak aku hadapi nanti.

“ You wait here…I try inform mr principle..ok..all teachers meeting at library now.”Dia speaking sambil minta Sulaiman [Leman] pi perpustakaan bagitau kedatangan aku sebagai guru baru.

“tak yah…tak yah la bagitau….saya mai nak servey ja..nanti hari kerja saya mai daftar diri..” aku seboleh-bolehnya tak nak jumpa cikgu-cikgu, apatah lagi pengetua hari itu. Segan, berdebar….suspen..semua ada. Tak lama kemudian Leman sampai dan bagitau pengetua panggil..dengan berat hati aku terpaksa pi ke pusat sumber tunku abdul rahman…bayangkanlah aku tak termimpi pun nak daftar, saja datang awal untuk nak tinjau-tinjau….

“Aduh…..!!!!! habih la macam ni…saya seganla…pakaian macam ni” aku cuba cari alasan…

“ it ok…it ok….tak ape..no problem….” Jamal Shaari.    

bersambung nanti......