Cikgu Mckk, atau cikgu koleq, budak koleq serta rakan taulan cikgu koleq boleh sembang-sembang
di sini .Meh sembang dengan cikgu koleq di http://cikgukoleq.blogspot.com/
USTAZ ISHAK HARON [SAHAK]
Selamat bertukar
kepada En Ishak Haron, Pk Hem SBPI Kubang Pasu, Bukit Kayu Hitam, Kedah. Beliau tak lama di SBPIKP cuma 7 bulan saja kerana
bertukar ke Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Pulau Pinang secara kebetulan beliau merupakan orang Tasik Gelugor. Beliau
bekas guru mckk 1993-2008. Sangat disegani oleh rakan di mckk {koleq} dan Sbpikp. Dahulu saya meninggalkan beliau di mckk,
kali ini beliau meninggalkan saya di SBPIKP. Sumbangan beliau tak akan kami lupa terutama dalam team bola sepak, futsal serta
badminton staff sbpikp.
Untuk makluman !!!! Berita Terkini….bekas Hm [Tan Sri, Dato’
Seri, Dato-Dato’] , Penolong kanan dan cikgu Mckk [Cikgu Koleq] tidak kira
di mana berada dijemput hadir dan pohon dapat memberi maklum balas segera. Atas permintaan beberapa bekas guru mckk
[senior] yang menghubungi saya melalui e-mail dan telefon, mencadangkan supaya diadakan satu perjumpaan “ majlis ramah
mesra” berjumpa kenalan lama di hotel Ipoh. Urusetia bersama Dr Razak Rahman [pensyarah Jabatan Ekologi Manusia, UPM],
Dr. Mior Hamdan Ghazali [SBPIGop] mencadangkan dua tarikh perjumpaan iaitu pada 7,8 Julai atau 16,17 Julai 2009. Sehingga
ini, hampir 50 orang bekas guru mckk telah bersetuju agar diadakan perjumpaan tersebut. Beberapa orang bekas guru kolej melayu
telah menyatakan persetujuan untuk menjadi urusetia dan membantu menjayakan rancangan tersebut. Sehubungan dengan itu, ramai
rakan ex-teacher mckk mencadang tarikh seminggu atau dua minggu sebelum ketibaan bulan puasa. bagi mendapatkan
maklumat guru, pengesahan kehadiran ke majlis tersebut. Bagi memudahkan urusan
Yang Berbahagia Tan Sri, Dato’ Seri, Dato’-Dato’, Datin-Datin serta tuan-tuan dan puan-puan dapat mengesahkan
melalui pendaftaran di bawah atau email malekhassan@hotmail.com. Pihak kami akan memaparkan senarai nama bekas guru yang hadir
[atas persetujuan] dalam website ini.
Tetamu Diraja MCKK 100 tahun
Cari mana Malek dan Sahak Haron...
Cikgu Koleq [panggilan guru mckk] sila
isi maklumat yang disediakan di bawah bagi membantu urusan pendaftaran mengadakan perjumpaan tersebut buat julung-julung kalinya
selepas menyambut seratus tahun....kalau anak murid kita [budak koleq] boleh buat buat kenapa kita tidak...? Tempat akan dimaklumkan
kemudian selepas mendapat maklum balas semua bekas guru mckk
Tahniah
Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Haji Alimuddin Mohd Dom. Penolong Kanan MCKK
1992, Pengetua MCKK 1999-2003, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,. Tuan Haji Saidin Bin Bakar-guru mckk 1980-1989 Ketua
Sektor, JPN Kedah. Said Manap guru mckk 1980-1999 Pegawai Pelajaran Daerah Kinta, Perak. Yop Zain Abdan P.k
Hem Mckk 1988-2005, Penolong PPD Kinta, [Selatan]. En Husin Mat Rashid bekas cikgu "koleq" 1995-1999- juga dilantik sebagai
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara. Shamsuddin Bin Mustapha, mckk 1988-2007
Ketua Sektor Pendidikan Khas[Juvana] Kementerian Pelajaran Malaysia, berkuat kuasa 16 Jun 2008.